Monday, January 30, 2012

Proud with myself




Tiba tiba aku berasa terharu dan bangga kerana sebagai mahasiswi, aku berada di kalangan pemimpin-pemimpin mahasiswa Karisma Jasa UiTM Malaysia.

Mereka diberi tanggungjawab untuk menggerakkan mahasiswa ke arah kecemerlangan negara. Mereka juga bertanggungjawab untuk mendidik dan melahirkan pewaris mahasiswa yang boleh memikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Mereka juga membawa pendekatan Perdana Menteri kita iaitu 1 Malaysia.

Sejujurnya aku tabik dengan mereka yang berjaya memikul tanggungjawab tersebut sehingga berada di pangkat yang tertinggi, kerana aku sendiri masih belum yakin dengan kemampuan aku untuk menjadi salah seorang mahasiswi/pemimpin yang menggerakkan ribuan generasi akan datang.

Tetapi akan ku cuba jika diberi peluang kerana sangatlah rugi jika kita tidak mencuba sesuatu yang baru dan mencabar yang memberi kita lebih pengetahuan kepada kita sebagai pemimpin.

Ucapan Terima Kasih dan Syukur aku ucapkan kepada Yang Maha Esa, Allah S.W.T kerana meletakkan aku dalam satu persatuan yang penuh dengan pengetahuan dan berkonsepkan kepimpinan.





UiTM sentiasa di hati, Karisma Jasa UiTM Malaysia juga selamanya sentiasa di hati :)

1 comment: